Ustaz Don menerangkan kaedah untuk mendidik anak kita di rumah. Dia menerangkan bahawa ramai orang salah anggap bila ada anak, bila dia bising perkara tersebut dilihat sebagai benda yang menjengkelkan dan sebab itu ramai orang yang tidak rapat dengan anak mereka.
Misalnya kita lihat seorang ayah yang sibuk bekerja apabila mereka pulang ke rumah anak mereka mendekati mereka dan bising dan sering memanggil mereka. Sebagai seorang ayah kita sepatutnya gembira melihat mereka dan melayan karenah mereka tentang apa yang mereka ada nak tunjuk kita tu. Tapi selalunya ayah-ayah ni akan suruh isteri ataupun mak untuk ambil anak tersebut kerana dia nak fokus buat kerja. Sebab tu kita lihat ramai orang yang lebih rapat dengan mak mereka berbanding dengan ayah. Anak-anak ini sebenarnya memerlukan perhatian, mereka sebenarnya mahukan kita melihat mereka mahukan perhatian kita dan melayan mereka. Untuk pelajari cara yang betul untuk didik anak ayuh kita lihat perkongsian Ustaz Don ini.