Sayangi Ibu Bapa Lebih Besar Dari Yang Anda Sangka

Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad.

Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”

(Visited 11 times, 1 visits today)

You Might Be Interested In

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *